SEJARAH PENUBUHAN ADESA
 
 
ADESA merupakan singkatan daripada Assyakirin Development of Student Association atau Persatuan Pelajar Pembangunan Pusat Islam.Penubuhannya diluluskan pada 19 April 1994 oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar,ITM Kampus Johor.Motto ADESA ialah Kecemerlangan Ummah Keunggulan Islam.
 
ADESA telah dirasmikan penubuhannya pada 17 Julai 1994 oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar pada masa itu ,Encik Hasmad bin Ahmad di Pusat Islam Assyakirin ITM Kampus Johor.
 
Objektif penubuhannya ialah :
 
- Menolong menjaga dan memakmurkan Pusat Islam ITMKJ dengan aktiviti aktiviti dalaman dan   luaran sama ada dirancang oleh ahli lembaga tadbir mahupun persatuan sendiri.
 
 
- Menjalankan usaha dakwah Islamiyyah dan memberi kefahaman yang mendalam tentang Islam kepada ahli ahlinya.
 
 
- Melahirkan pelapis pelapis pimpinan yang berwawasan, berketerampilan dan mempunyai halatuju yang  sebenar.
 
 
 
- Melahirkan ahli ahli yang seimbang dari segi sahsiah ,rohani dan jasmani. 
 
 
 
 
:: Pengurusan :: Aktiviti :: Tazkirah :: Terkini :: Galeri ::
:: Halaman Utama ::